Thursday, 9 March 2017

Kawan?

Salam

Dalam hidup ni aku nak nasihat la even aku pun banyak kekurangan kan. Haha. Haritu ada sorg hamba Allah ni datang mengadu kat aku supaya aku jd a listener untuk dy. Kesian gak la kat dy. Dan apa yg dy alami pun aku dah alami.

So nak nasihatkan. Jangan sesekali bergantung hidup dekat kawan. Aku faham life hostel ke asrama ke dan sebagainya ni macam sangat perlukan kawan. Korang rasa dy lah sahabatku yg akan membantu semua benda. No. Haha tak semua. Ada member yang boleh buat member dan ada member yang boleh "sila meninggallll". Dushh kejamnya ayat aku :p

Kita kena berdiri dan bangkit sendiri. Jadilah diri sendiri tanpa fikir "nanti apa orang kata". Sampai bila nak hidup bertopengkan macam tu. Kita bagi fake smile but deep inside setiap kali masuk bilik nangis sorang2. Please lah aku dah rasa sakit tu camne. So buat readers di sini nak pesan stand up by yourself and dont depend to others but Allah. Cukup Allah menjaga kita kalau awk rasa u have no friends. Sebab Allah akan hantar someone yg betul2 sanggup susah senang bersama kita.

Aku ada ramai ja kawan yang masa susah mai cari aku nangis2 ngadu masalah sb hilang sahabat. Lepastu bila dy jumpa kawan yang boleh ngam dengam dy, dy lupa orang yang selalu jd pendengar dan membantu dy masa susah. Tegur pun tak kita. Kalau kita tegur "hai" kat dy pun, dy cam jawab "hmmm". Eh sombong kau ! Dari kejadian ni buat aku belajar. Ahh mampus ! Malas dah gua nak pikir psal kawan. Baik aku gerak sendiri every things. Nak kata apa katalah. Yang penting aku ada Allah, keluarga dan org terdekat yang sentiasa support aku. Facetime everyday dengan mak aku weh. Hahahah. Tak rugi pun hilang kawan sorang sebab mungkin Allah akan bagi kawan yang lebih baik 10x ganda dari dia.

To cut short, be yourself. Jangan hirau "apa orang kata". Bergerak sendiri dan  percaya diri sendiri. You can!

*aku pun tak sabar nak habis study kat India ni. hahaha sebab aku happy balik Malaysia dapat jumpa member yang betul2 "member" huhuhu

Bye

Thursday, 2 February 2017

Diary February 2017

Dear diary

It's been awhile since i dont update my blog. Hihi

Banyak sebenarnya post yg disimpan dalam draft je sebab tak sempat nak update balik. So far aku dah nak habis satu sem untuk Second Year in Medical School. Apa yang aku boleh cakap masuk dalam bidang ni memang perlukan mental dan hati yang kuat. Hardwork tu memang sangat2 diperlukan. Everyday kena study. Bagi aku lah kan.... taktau la budak medic lain macam mana. Rasa sama je kod. Haha lols. Sebab aku bukan gifted students. Aku perlukan hardwork untuk achieve apa yang aku nak. And aku tak kisah pun kalau orang nak cakap "Wuuuwuuu study setiap hari bukan main. Relaks lah" <--- buat dek je bila ada member cakap macam ni HAHAHA

Sebab aku fikir aku diberi tanggungjawab untuk handle manusia yang sakit nanti. Manusia beb ! Jangan fikir yang kau just nak dapat title dr and kau boleh bermegah kat orang. Sila meninggal !  Besar tanggungjawabnya nak pegang manusia nanti.

Life kat India pulak macam biasa. Haha ada part yang best ada yang tak. Of course gua homesick nak balik Malaysia. Huhuhuhu

Kadang2 tu memang perlukan kesabaran yang tinggi nak handle dengan CERTAIN local people kat sini. Aku tak cakap semua but "certain". But somehow mereka mengajar kita erti sabar. Just take it in a positive way la though benda ni susah nak tunaikan bila banyak kali kena. Aku paham :D

Cuma apa yang aku perasan setakat ni kan manusia ni ibarat satu tempat yang bewarna putih dan hitam. Warna tersebut menggambarkan keperibadian seseorang. Setengah orang suka fikir negatif kat seseorang eventhough dia tak fikir macam tu pun. Kalau ambik situasi aku, aku ni tak pandai berterus terang tau. Dan orang mudah salah faham kat aku and biasanya, aku selalu biar je orang tu salah faham sendiri without explaining to them back because i know in the end they will know the truth. But that's painful la kau nak tunggu "in the end" tu sampai bila kan. And orang tu will keep pandang negatif dekat kau. hahah lols. Then dalam hubungan pershabatan atau apa2 sahaja sila jangan  suka bergurau dalam keadaan menjatuhkan maruah orang sekeliling kau. Eh tak baik tau ! Mungkin benda tu kelakar buat orang tu but not to the person yang ditertawakan. Apa hukumnya Allah ajar?

Manusia yang bersifat "putih" ni pulak aku suka. Dia jenis respect hati orang. Bagi aku dalam persahabatau atau kekeluargaan atau apa2 lah bila handle hati manusia kita kena tanam sifat respect. Bila hilang respect antara manusia semua tu, that will reflect yourself.

Oke panjang membebel. Aku dah nak exam sem 1 for second year. Mohon ampun maaf andai buat salah pada anda atau sesiapa pun yang membaca post ini. Doakan aku dimudahkan jawab Sem 1 exam ni sebab aku nak bawak balik kebanggan untuk mak ayah aku. That's the  main reason why i think i should study hard.

Thank you for those who always stay by my side no matter what. Of  course to my family and someone special to me. 

Bye goodnight

Monday, 18 July 2016

Diary of July

Assalamualaikum dear diary.

Alhamdulillah aku dah habis exam sem 2 baru2 ni. Sekarang tgh tggu tarikh untuk menghadapi Professional Exam pada bulan 8 ni. Kemudian, tamatlah satu tahun sebagai pelajar perubatan.

Sepanjang dua sem ni, banyak betul ujian naik turun. Baru ni aku beli tiket last minute utk balik raya ke Malaysia. Nak dijadikan cerita, iphone 6s aku hilang sehari sebelum raya dan semua notes dalam ipad aku hilang. Sebab aku pakai id yg sama kan. Nanges macam hilang anak la aku ni.

Yela bayangkan balik malaysia nak happy waktu raya. Sekali jadi benda camni sehari before raya. Memang tak happy langsung raya aku. Hilang hp tu tak sedih sangat kalau nak dibandingkan dengan semua notes aku simpan dlm tu pun hilang. Segala ebook, gambar2 histology semua, lecture notes hilang. Masa tu lagi beberapa hari nak exam. Some of kawan aku tak balik malaysia utk beraya. Tapi aku balik dengan harapan boleh la study kat malaysia. Lastly, notes plak hilang. Huhuhu.

Bila balik India, aku download balik notes dari awal2 dan mintak apa yg patut dari kawan. Tapi of course tak sama macam dulu lah kan :')

Masa yg berbaki utk ambil exam sem 2 ialah 4 hari. Aku cuba kuatkan diri utk study betul2 dalam masa tu. So alhamdulillah sekarang aku baru je habis jawabnya. Aku dah cuba buat yg terbaik. Selebihnya aku serah pada Allah swt utk tentukan results aku.

Sekarang aku cuti 3 minggu utk hadapi Professional Exam. Exam yg menentukan kami layak ke tahun 2 perubatan atau tidak. Tapi Allah datangkan lg ujian dengan acute gastroenteritis pulak. Which is semalam aku diarrhea, vomitting and abdominal cramp. Disebabkan semalam tak makan so sekarang aku tengah cramping gila perut ni haaa. Tapi takpe aku boleh survive sebab dah banyak kali jadi macam ni sejak duduk India. Huhu lolss.

Dear readers, doakan aku ey berjaya dengan dapat markah yg tinggi untuk exam sem 2 dan professional exam ni. Aku yakin setiap apa yg Allah uji itu, hanyalah untuk hamba yg terpilih dan akan ada sesuatu yg lebih besar di sebalik semua ni.

Till then. Take care

Loves,
NS

Wednesday, 8 June 2016

Diary 08/06/16

Hai diary

Sebelum tidur, saja lah nak update sikit kan. Sebab rasa macam dah lama tak bercerita dalam blog ni.

Emm, hari ni dah masuk hari ketiga Ramadhan di Bangalore, India ni. Saja lah nak kongsi pengalaman berpuasa kat sini.

First day puasa, kitorang terlambat bangun sahur which is pukul 4.30 pagi ! Helo 4.30 tu dah masuk subuh hokkay ! Aku frust gila nak mateyyy bila bangun tepat 4.30am. Hahahahha. Kenapalah tak bangun awal 10 minit pun jadilah. Boleh minum air ke kan. At least dapat basah tekak.

Then aku takleh terima hakikat. Aku bermonolog sendiri.

"Tak mungkin lah subuh pukul 4.30am. Pukul 5 am ni masuk subuh" Padahal aku tahu memang subuh masuk pukul 4.30 am. XP

Hahahhaa takleh terima hakikat kan. Aku pun pergi dapur bukak peti ais. Then terfikir...

Masha Allah. Naziha Suhailaaaa... Dah takde rezeki la tu nak bangun makan waktu sahur. Then aku pun masuk bilik semula dan teringat pesanan Kak Najwa. "Puasa ni seiringan dengan keikhlasan"

Dari situ aku mula ikhlaskan apa yang terjadi. Sebab biasanya duduk rumah, kau sedap tido then mak akan kejut bangun makan. But here is totally different. Kena bangun sahur awal dan start masak untuk sahur, Then tunggu masuk subuh dan solat jemaah dengan housemate.

Waktu berbuka pula, buat makanan sendiri. Then lepas solat maghrib, sambung balik makan makanan berbuka tadi. Then bergegas ke surau untuk menunaikan isyak dan solat sunat terawikh. Best solat jemaah dengan kawan. Tapi lagi best bila masa solat tu, mak dan kakak aku di sisi macam biasanya :')


Huhuhuhu sis touching masa masuk Ramadhan ni sebab teringat keluarga kesayangan di Malaysia. Semoga Allah sentiasa menjaga mereka di sana dan berkati Ramadhan kita



First day of Ramdhan be like...
Semua pakat pakai jubah tanpa sengaja XD

"Selamat Menyambut Bulan Ramadhan"

Bye diary. Nak tidur dah. Aku baru siapkan slide untuk present esok, Doakan aku eh untuk exam yang akan datang ni. Assalamualaikum


Sunday, 5 June 2016

Puasa 2016

Assalamualaikum!!

Hai readers..

Sebenarnya aku nak cakap satu benda. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak buat seluruh kaum mulimin dan muslimat. Puasa dan raya tahun ni agak berbeza dalam hidupku sebab aku puasa dan raya di perantauan iaitu di India ni. Allah je tahu perasaan pilu tu camne bila org Malaysia cakap nak terawikh dah malam ni. Aku mula teringat ayah dan mak aku yang akan ajak aku gi terawikh sama2. Sumpah rasa sedih sikit. Sorry la sis touching kejap.

Tapi tadi kami ada usrah. Just nak share la sikit. Puasa dan ikhlas ni bergerak seiringan. Kalau kita puasa tanpa ada ikhlas dalam hati tu ibarat sia2. Marilah kita pupuk rasa ikhlas berpuasa dan rebut pahala banyak2 sebab puasa ni hanya sekali dalam setahun. Allah dah bagi offer depan mata takkan kita nak lepas camtu je. Amboi Jakel bagi offer kemain kita berduyun pergi kan.

So kalau boleh aku taknak la rasa sedih2 puasa dan raya kat sini. Homesick of course la ada. Kau kena buat makanan sahur dan berbuka sendiri. Then takde mak yang akan kejut kau bangun sahur. Takde bazaar Ramadhan, kuih muih enak2. Kalau ngidam, buat sendiri. Tapi takpe. Berkorban kejap untuk berjihad di Jalan Allah. Aku nak bawa balik hadiah markah yang paling tinggi dan cemerlang untuk mak ayah aku masa hujung bulan 8 nanti. Aminnn. Aku harap korang semua doakan lah aku ye. In shaa Allah amin.

K lah. Nanti aku update lagi oke. Bye semua. Dah masuk maghrib, nak solat semua dan buat kerja untuk esok. Doakan exam Sem2 dan Proffesional Exam aku ya. Bye assalamualaikum :)

Sunday, 1 May 2016

Diary

Dear diary.

Progress Test2 is just around the corner. Tapi makin nak dekat exam lah Allah datangkan ujian untuk uji sekuat mana kita. Sebab Dia nak latih kita supaya lebih kuat untuk tempuh hari mendatang.

"Sesungguhnya Allah sebaik-baik penolong"

Sometimes I feel like, I wanna buy a ticket just to fly back to Malaysia. Sebelum ni ingat orang belajar oversea ni would have a happy life but !! Aku rasa belajar oversea ni banyak jugak upside down. Dari segi duit mungkin takda masalah sangat sb MARA bagi cukup. Tapi benda2 sekeliling ni yang buat kita rasa like wanna go out from all of these ! Tapi aku bersyukur sebab masa2 ni Allah datangkan aku dengan orang yang selalu jadi kekuatan untuk aku. Iaitu keluarga dan Mr K.I. Thank you  :')

Semoga semuanya cepat reda dan Allah mudahkan aku untuk menjawab PT2 dengan mendapat markah tinggi. Amin ya rabbal 'Alamin.

Bye

Friday, 11 March 2016

LIFE UPDATE

Hai assalamualaikum

Apa khabar semua ?

Wahhh dah habis satu sem aku di bumi India ni. Baru ada niat nak update blog.
Sorry sebab hakak tak sempat nak mengarang dek tiada kesempatan masa. Kuikuikui :p

As time goes by, I enjoy being a medical student in Bangalore, India. Alhamdulillah so far pelajaran semua masih boleh ikut. Orang kata go with the flow je kan.

Baru ni aku balik Malaysia sebab cuti sem walaupun seminggu je ann >.<
Berharga taw tak ? Aku tak faham setengah masyarakat yang cakap "Cuti seminggu pun nak balik Malaysia?"

**Sedap dy ja cakap camtu. Dy taktau yang sis dah homesick gila nak makan makanan Malaysia sebab raya tak balik tahun ni. Tunggu habis sem 2 pulak baru boleh balik. Tengok ! Sekarang aku dah terbayangkan kuih cara, cendol, kuih keria, roti jala, martabak ayam, nasi impit. Oh my Mummy ! :'(

Lepaskan mengidam masa balik haritu :P

Sempat jugak jumpak budak kecik ni sorang :D


Sepanjang duduk di India ni, aku takdelah berjalan mana sangat macam beberapa kawan aku sebab aku fikir baru first year, and I just need some space for me to adapt with this environment. Setakat ni aku baru pergi Mysore and Belgaum. Itu pun perjalanan from Bangalore ke Belgaum ambik masa 8-9 jam weyh ! Dekat India ni, kita boleh pilih bas yang ada katil. So biasanya students Malaysia kat sini pilih untuk bergerak malam, so boleh tidur semalaman dalam bas tu. Siap ada tv bhai ! Sempoi kan. Enjoy je aku tidur atas katil bas tu.

Di Belgaum, aku pergi main Water Rafting and Jacuzzy. Sumpah awesome. Hahaha. Balik2 je aku sakit tekak sebab banyak jerit main air TAK HENGAT DUNIA !
Best weh main ni. :D

Di Mysore, of course aku pergi melawat Mysore Palace yang cantik gila bersama akak2 usrah. Sambil berjalan tu alhamdulillah ada la jugak sharing pasal rohani. Sejuk perut mak aku kalau tahu ni. Huhuhu



That is Mysore Palace. Di sini ada pelajar Malaysia yang belajar dalam dentistry.

Di Bangalore pulak ada 4 musim. Masa winter tu memang sejuk habis la.



Rambang mata beli bunga waktu ni :D


Ni rose hidup okeh ! Baru aku tahu rose ni ada macam2 colour.
"Warna rose ni ibarat hidup saya yang penuh warna sebab ada awak"
Chiachiachia :P

Rindu nak winter balik >.<

Ambik course medical ni memang aku akui, ada masa yang sibuk. Contohnya aku start cakap merapu bila nak dekat2 exam sebab banyak study, Hahah. Dan biasanya housemate aku akan gelak tengok perangai aku. Tapi phase tu untuk sementara je. Habis exam, kau akan enjoy puas2. Serious !

Life akan sibuk dengan assingments je la. But you can manage your time kod. Tidur dengan tengkorak or tulang tu is normal bila belajar Fundamental Anatomy. Dont worry, it all depends on your nawaitu :)
Time belajar, kita belajar sungguh2. Time enjoy, kita enjoy :)


Lecturers here are very kind and they teach us VERY sincerely. Tadi aku attend Geneva Declaration talk. Dr pesan, "In medical college, they need your HARDWORK, HARDWORK, AND HARDWORK. NOT YOUR INTELLIGENCE"

Dr ajar tentang ethics bila nak jadi doctor nanti. Somehow benda tu menaikkan semangat aku untuk jd doctor. Always prioritise your patients no matter you are tired. Betul lah, nak jadi doctor  ni needs your interest not "kemahuan" from your parents because it needs your commitment. If you give a good commitment on it, then you will success. In shaa Allah :)

Below are some of my activities during sem 1 yang melibatkan batch. Huhuhu
One of my achievement here. Hahaha.
Masuk Midnight Run gittew :P

Sebagai Vice Press Aktiviti, kami adakan aktiviti kemasyarakatan seperti membantu orang2 susah di sini.
Dorang just tinggal dalam khemah bersama isteri dan anak2. I iz touching. Tambah2 bila bagi makanan, excited diorang nak dapat :(

Bakal2 doctor. Bakal2 zaujah anda. Hahaha:P


Btw, rindu orang Malaysia pulak

Rindunyaaa mereka. Huhu tapi hati aku kena sado ^_^


Thank you ambik berat pasal saya selalu, my dearest Mr K to the I of mine.
Semoga cita-cita tercapai bersama ^_^

Okelah. Bye. Nak sambung buat assingments bagi siap sebab Ahad practise futsal lak.
xoxo :-*